Sunday, April 19, 2015

Gedik Korea - Day 3 Part 1 (Mount Seorak)


Hari ketiga.. pukul 6:30 pagi waktu Korea.. di pekan kecil Sokcho.. liatnya MMJ dan Elma nak bangun..huhu.. tapi memandangkan nak tengok sunrise kat Mount Seorak.. kami gagahkan jugak diri mandi dalam toilet comel tu..

Nak tak ade toilet camni??
MMJ terus check out.. jalan kaki laju-laju kononnya.. dari Mr. Egg House tu ke Bus Station tu.. cuma 5 minit.. jalan terus je dan tunggu kat bus stop kecik depan station bus tu..

Tengah tunggu bas sambil study balik buku nota Korea MMJ
Ini jadual bas 7-1 yang pergi Seoraksan National Park
Dari bus stop ni ke Seoraksan National Park tu cuma 40 minit.. so awal-awal MMJ ride the bus.. terbuntang la mata tengok view pekan Sokcho di awal pagi.. lalu tepi beach.. nampak dah rona merah sayup di kejauhan.. maknanya hajat nak tengok sunrise dari Mount Seorak tak tercapai.. of course la.. time tu da kul 7:30 am kut.. pastu MMJ pun tertido.. haha..

Dalam bas ke Mount Seorak
Lepas beli tiket masuk, jumpa bear hitam ni

bangunan untuk ambil cable car.. time ni MMJ and Elma teringat Laban Rata time daki Gunung Kinabalu
 Tiket masuk National Park ni dalam 3500KRW. Pastu naik kereta kabel bayar bayar lain.. bayar kat building atas ni.. 9000KRW.. kat sini ade locker.. dalam 500KRW rasanya..
Boleh nampak pekan Sokcho sayup at the back

Eiiii... ice on the ground.. sakaiiii!
Tadaaaaa.. fefeeling cute!


Kalau nak mendaki sampai puncak.. teruskan track ni..
tapi MMJ and Elma stop sampai sini je.. 



Ajushi and Ahjuma ni borak-borak dengan MMJ and Elma..
Of course in Korean laaa..
sikit-sikit MMJ faham..
 diorang kagum sebab MMJ and Elma travel berdua tak ada Omma and Apoche
Makan spicy dobokki in winter memang ngam..
sambil tengok view Pekan Sokcho..

Harus ade posing pelik2...
at the back is the top of Mount Seorak..



Selepas dah puas tengok sekeliling.. MMJ and Elma pun nak balik.. sebab kitorang kena rushing na catch a bus to Namiseom pulak.. Namiseom tu the famous Nami Island lah.. tempat wajib kalau pergi Korea tu lah... which is 2 hours dari Sokcho ni...

Masa nak balik.. MMJ tungu bas yang sama datang tadi kat area parking kereta.. memang kat situ tunggu.. Alhamdulillah tak lama tunggu.. bas pun sampai.. bas tu berhenti di station bas yang MMJ cerita awal tadi..

Cerita Day 3 ni MMJ buat Part 1 and 2 lah.. sebab cover 2 tempat.. so to be continued in next entry..

Kat bawah ni picca Mr Egg House tempat yang MMJ and Elma tidur kat Sokcho..


Elma memang kreatif..
sampai-sampai je terus lukis bendera Malaysia kat whiteboard tu

Telur??
Just imagine rumah tumpangan kat Malaysia ..
Rumah Tumpangan Encik Telur.. hahaha

Cute kan?




Sunday, March 29, 2015

Gedik Korea - Day 2

Psttt... kawan MMJ nak pergi melancong ke Korea... banyak betul derang tanya MMJ pasal Korea... terus rasa rindu yang amat hebat dekat kampung halaman MMJ tu..muahaha!

So Day 2 in Korea.. ape MMJ n Elma buat? MMJ pergi Sokcho!!

Why Sokcho?
1) nak pergi panjat Mount Seorak..
     Mount Seorak ni famous sebab katanya salji kat gunung ni ambil masa yang lama untuk melt..
2) nak tgk pantai di musim winter
    kut le air dia beku.. bingai kan?? haha....

Sokcho ni MMJ ibaratkan Sandakan sebab dia bandar kecil tepi laut.. memang kecil dan tak sesak macam Seoul.. Sokcho is 3 hours journey by bus dari Seoul.. MMJ akan stay a night kat Sokcho.. pastu the next morning.. catch the earliest bus to Mount Seorak.. Sokcho to Mount Seorak cuma 30 minit..

Pagi tu.. lepas breakfast kat bilik since GH pun ade provide breakfast.. dengan berbekalkan baju sepersalinan.. kami pun memulakan aktiviti hari kedua... kami naik subway sesama local people nak pergi kejer.. orang kat Seoul ni mostly pakai dark colours.. so cuma MMJ n Elma je yg terang bersinar dalam tu..hihi..

Orang Seoul ta heran pun kami menyakai dalam subway..hihi

Elma dengan fashion serkup yang tak mungkin dipakai di KL.. sekali pandang mcm Siti Nurhaliza.. pastu macam Hetty Koes Endang pun ade.. yang pasti.. fesyen ape pun Elma pakai.. tetap yippoo!.. Eh Elma baca blog ni.. mesti dia tengah melayang2 di awangan dengan pujian MMJ ni.. hahaha 
Nak pergi Sokcho.. kena amik bus kat Dong Seoul terminal bus..so macam mana nak g Dong Seoul Terminal Bus tu?.. macam di bawah ni.. kalau ada subway map.. tak pening sangat na imagine route to Sokcho ni.. thats why MMJ pesan untuk pergi ke Plaza Korea tu untuk dapatkan map for FREE... tapi kalau na refer map online pun boleh.. pergi ke subway map

Myeongdong to Dong Seoul Bus Terminal

  • subway from Myeongdong (Line 4) to Dongdaemun Historical Park (Line 2)
  • Dongdaemun Historical Park to Gangbyeon (Exit 4)
  • Dong Seoul Bus Terminal is opposite the Gangbyeon Station
MMJ ingat lagi.. masa kat Exit 4 tu.. MMJ lalu kedai ahjumma jual kimbap.. MMJ na sangat rasa.. nampak sedap berkilat je kimbap dia.. tapi MMJ tak sure nak tanya kimbap tu ada meat ke or vegie..Elma pulak cakap.. nanti kita cari tempat lain.. tapi sampai habis trip Korea.. MMJ ta dapat rasa kimbap..sob..sob..sob.. sampai hari ni MMJ teringat rupa bentuk kimbap kat Gangbyeon Station ni..

So MMJ n Elma  terus je pergi cari bus ke Sokcho.. terjumpa ajushi kat situ.. bagai ayam dan itik bercakap... at last Ahjushi tolong kami beli tiket.. hihi... harga tiket ke Sokcho one way is KRW17 200 ... lebih kurang RM57.. mahal ke? Entah ye.. MMJ tak tau nak compare dengan perkhidmatan bus kat Malaysia since MMJ tak biasa naik bus ekspres.. MMJ biasa nek flight je.. hihihi... berlagak! Puiii!


Kat ticket counter dengan Ahjushi yang tolong beli tiket
Spend the time wisely with selfie

Masa selfie depan bus ni.. gigih MMJ n Elma tunggu tulisan rumi Seoul - Sokcho tu ..hehe.. sebab dia selang seli keluar tulisan hangul
Sambung selfie dalam bas

Nampak tak ada budak PLKN tu.. masa jalan2 area Sokcho ni.. MMJ jumpa ramai betul budak PLKN ni.. pelik jugak.. outing ke ape?.. tapi few days pastu.. MMJ jumpa kat Namdaemun market orang jual uniform askar ni.. terus Elma n MMJ buat assumption.. uniform askar sedang 'in' kat Korea.. jalan2 pun pakai uniform.. cool.. hahaha.. kitorang  mmg banyak berimaginasi sepanjang trip Korea ni..layan!

Ajushi driver bus nampak segak kan...
Lepas 3 jam dalam bus.. kagum n jakun tgk scenery.. kami pun sampai kat Sokcho.. MMJ n Elma pergi ke pondok tourist guide exactly depan bus station tu for direction.. kat sini MMJ dapat map of Sokcho.. senang la nak jalan2..pastu terus amik cab g Guesthouse.. MMJ stay kat Mr. Egghouse .. sangat comelllll guesthouse ni.. sangat Korea.. 

Petang tu MMJ n Elma jalan kaki pergi pasar kat Sokcho.. nama pasar ni Jungang Market.. kalau baca info pasal Jungang Market ni.. kat sini banyak makanan sedap.. maka menjelmalah ape yg MMJ tengok dalam Running Man bila mission makan-makan kat pasar.. teringat muka Kim Jong Kook oppa makan kimbap mcm sedap sangat.. so terujalah hati MMJ n Elma ni .. berjalan kaki sambil drooling bila fikir makanan... tapiiii bila sampai pasar tu.. tekak MMJ kembang.. tak ade pun kelibat makanan yang menyelerakan.. perut lapar tapinyeee.. huhu.. at last kami tawakkal makan udang n sotong tempura dgn sotong panggang... sedap... 


Tempura dan Sotong Panggang.. 

Jungang Market
kimchi!
Such a cool deco for a small kedai makan kat dalam pasar
Lepas kecewa dengan pasar Jungang ni.. kami sedapkan hati.. untuk dinner nak makan kat satu kedai halal yang kami survey dari internet..so kami cepat-cepat tahan cab pergi Sokcho Beach dulu.. kan MMJ nak tengok pantai masa winter.. 

MMJ n Elma ada buat video clip kat sini.. lagu oppa titled December.. lagu ni match sangat dengan scene time tu.. lagu pasal Chingu (kawan) tepi pantai.. musim winter...


Jalan masuk ke Sokcho Beach
Sokcho Beach 
Dah maghrib pun still main tepi pantai.. tau kat emak.. confirm bising!

Lepas dah macam sakai kat Sokcho Beach.. kami tahan lagi cab pergi ke Ilchubong Restaurant pulak.. katanya halal.. katanya sedap.. katanya itu.. katanya ini.. sekali tuuu... kecewa lagi.. end up malam tu MMJ n Elma tido dalam lapar.. sob.. sob.. sob.. 

Ilchubong Restaurant... warm n cozy 
Sementara tunggu makanan..kira duit tabung..

Nampak tak sayup wrislet pink?.. itu la beg tabung Korea kami..
Nampak ta buku nota kecil warna pink?.. itu tempat MMJ tulis segala notes about Korea yang MMJ study dari internet..
Food we ordered..

Okay.. MMJ pernah makan sashimi (ikan mentah) time Japan trip dulu.. sedap.. boleh melantak macam memang makanan ruji.. so dengan berani nya MMJ order sashimi.. sekali amekaww!!.. hahaha.. ta boleh blah.. kami terpaksa jugak suap makanan tu.. RM90 tau.. mau ta meraung.. macam makan Seoul Garden da tuuu... 

Chaebol (rich guy)!! ngeh..ngeh..ngeh.. anak owner restaurant ni.. kacak? Harusss la selfie!
Dari restaurant ke Guesthouse.. kami balik naik cab.. kali ni share cab dengan ahjumma yang mabuk.. dia naik dengan hubby dia.. ahjumma asik ketawa je dalam cab tu.. tiba-tiba MMJ teringat Ji Hyo yang suka minum.. terus menjelma imaginasi kalau Ji Hyo pas minum soju jadi gitu gak.. hehe..

30 years old Elma waiting for a cab..hehe..jangan marah nae dongsaeng..

Masa tengah tunggu cab.. tiba2 dengar lagu December dari kedai tepi jalan ni... ape lagi yang boleh MMJ n Elma buat.. "Aaaaaa Oppaaaaaaa!" .... hihi
Sebelum naik Guesthouse.. MMJ n Elma pergi kedai 24 jam cari ramyeon halal.. ta jumpa.. end up MMJ beli susu kotak je.. 

Yang kotak pink tu.. favourite MMJ.. mashiketta!
Sebenarnya.. ade banyak lagi tempat best kat Sokcho ni.. tapi MMJ tak pergi.. tak cukup masa.. So it is the end of Day 2.. perasaan berjalan kaki.. wandering around bandar asing.. dalam musim sejuk.. mulut berasapdengan map di tangan.. mata melilau tengok kanan kiri.. sangat best.. MMJ rindu perasaan itu.. huhu.. so trip to Mount Seorak.. MMJ cerita in the next entry..

Lagi picca of small town Sokcho!

Selfie depan petrol station ..MMJ macam ikan keli dah masa ni.. ada misai..hihi.. 
Dongbu Station Bus
Bus dari Seoul turun kat sini
Lengang je Sokcho town ni



 






Monday, March 2, 2015

Yang menggelikan hati MMJ

Kali ni bukan cerita Korea... tapi MMJ nak cerita pasal keletah murid MMJ.. boleh la ye.. asik Korea je.. meluat pulak orang baca kan.. hehe

Nama murid MMJ ni Amer.. comel.. pelat lagi.. murid tahun 2.. pandai melukis.. ada potensi untuk cemerlang.. baik hati.. antara murid yang MMJ sayang lebih sikit.. hehe..

Berudu!

Tadi dalam kelas.. MMJ bahagikan mereka dalam kumpulan.. dan suruh bincang nama kumpulan masing-masing.. tapi tiba-tiba nama pelik-pelik keluar.. semua ada unsur Maharaja Lawak.. sebab derang ni peminat Maharaja Lawak.. so MMJ pun tetapkan.. pilih nama haiwan untuk mewakili kumpulan masing-masing.. dengan pantas Amer menjerit.. BERUDUUUU! ... lucu tak? pada MMJ sangat lucu so MMJ terus ketawa.. aduhai.. banyak-banyak haiwan ..boleh Amer pilih berudu??.. lepas tu bermulalah sesi perbincangan mereka dalam hiruk pikuk tak ubah mcm pasar.. huhu.. maka berjuanglah MMJ menenangkan keadaan dengan pembaris di tangan.. macam-macam haiwan keluar.. Kala Jengking.. Ular.. Adeh.. kenapa pilih haiwan berbisa sayang??? ... Akhirnya.. mereka pilih.. Kucing, Arnab, Gajah, Penyu, Burung dan eh ape satu lagi... MMJ ta ingat.. hehe..

Jalaludin Hasan & Fazura

Satu hari tu.. MMJ ajar Kata Nama Khas.. beri contoh lah nama-nama orang kan.. bila MMJ suruh murid beri contoh.. Amer jawap.. Jalaludin Hassan.. Sorang lagi murid jawap.. Fazura... mula-mula MMJ ta perasan lagi.. da lama-lama.. asalkan suruh beri contoh nama orang.. dua orang ni jugak yang disebut.. rupanya itu juri Maharaja Lawak.. Adehh.. kuatnya pengaruh Maharaja Lawak...Cikgu pun tak tau sebab kat rumah cikgu takder Astro.. huhu

Johan Maharaja Lawak

Kelas MMJ ajar ni tiap minggu menang johan kelas terbersih.. tapiiii.. tader rupe johan.. meja senget benget.. sampah bertaburan.. tapi mungkin sebab kelas lain lagi teruk.. budak Tahap 1 ni memang belum boleh diharap jaga kelas.. masih baby2.. masih kena ingatkan selalu... so satu hari tu MMJ pesan pada kelas ni.. "kamu kena lah pastikan kelas kamu bersih selalu.. sebab kelas kamu kan johan".. laju Amer respond.. "Biarlah cikgu.. Johan kan lawak".. huhuhuh.. Johan Maharaja Lawak yang dia ingat.. adeh.. pengaruh Maharaja Lawak lagiiii...

Ade banyak lagi tapi MMJ ta ingat dah.. hehe.. comel la derang ni.. sebab ramai yang pelat lagi... kalau ade lagi MMJ cerita lagi okay...

Saturday, February 21, 2015

Gedik Korea - Day 1

Ahhaaaa!
Selepas struggle simpan bermacam perasaan yang terbuku di hati..
Selepas berbulan study Running Man and baca and hadam segala macam blog and website related to Korea..
Selepas non stop discussing dgn Elma pasal baju ape..shawl ape.. kasut ape.. beg ape nak pakai kat Korea tuu..
Ilmu Korea konon penuh di dada dan di minda...
but still... I keep reminding myself and Elma.. JANGAN suka sangat... takut menangis nanti...
and Finally.. this is it...Our long awaiting trip is herrrrreeeeee!!
Korea... here we come!!!

MMJ ada cara untuk tak nak susahkan orang pergi jauh-jauh hantar sampai KLIA2...cara dia macam ni..
Drive keter dari rumah - Parking kat Putrajaya Sentral - Naik ERL ke KLIA2

Nanti time balik pun senang je.. amik ERL ke Putrajaya Sentral.. amik keter and zoooommm balik..
mudah kan?? Parking pun berbumbung...

Parking rate? Murah.. dari 7 Dec 9:30pm to 18 Dec 11:00pm ... MMJ cuma bayar RM44 kut... tak bape ingat the exact amount sbb MMJ kalut cari duit kecik..

So ini satu PERINGATAN.. every time na tinggal keter kat tempat yang berbayar.. make sure standby duit kecil sebab mesin ta terima RM50 notes.. Better ade RM10, RM5 and RM1 notes tau...

Tapi ... gigih la na tarik beg dari saat turun keter sampai ke dapat trolley kat KLIA2 ... berpeluh gak la.. yang konon MMJ n Elma plan nak backpackers tu.. end up.... pffftttt!

So MMJ boarding exactly on birthday.. besar betul KLIA2 ni.. mengah MMJ jalan.. somehow sekali flight dgn MMJ tu ade la K-Pop boy band..nama TOP DOG.. entah sape.. MMJ dgn Elma tergelak2 dengar nama kumpulan tu.. teringat hotdog pun ade.. kut la Big Bang ke.. syok la.. teruja gak la.. ini TOP DOG.. kalau tak pernah jadi guest kat Running Man mmg la MMJ ta kenal.. diulangi.. MMJ bukan peminat K-Pop ye.. MMJ peminat Running Man je.... masa MMJ lalu tepi 12 orang budak Korea.. putih pucat.. kurus melengkung... mcm tak nampak pun ada orang minta autograph.. sebab tak femes sangat kut lagi kat Malaysia.. 

MMJ duduk sambil non stop selfie dgn Elma.. kejap2 selfie dgn passport merah.. kejap2 selfie syok sindrik.. eh macam2 lah idea kalau sruh selfie tu kan.. tibe2..jeng.. jeng.. jeng... dengar lagu besday kat PA System.. pastu sorang budak putih kurus melengkung datang depan MMJ bawa kek dgn lilin menyala... aaaaaaaaaa!!! Its a birthday suprise untuk MMJ... yang best tu semua 12 orang boy band tu datang kat MMJ.. malu2 MMJ tiup lilin tu... tiba2.. boooppppp! Kek terjatuh .... semua imaginasi MMJ pecah berderai ... pooooofff! kekekeke... oiii.. MMJ ni rakyat marhaen je.. tader makna la Air Asia na celebrate camtu sekali... ada yang percaya ke dgn citer MMJ tadi??? bab birthday tu tipu.. tapi bab Top Dog tu real...

Birthday present dari Timah & Tiah..
Kamsahamida chingu!!
Muka riang ria

Kisah gigih tarik beg yg banyak tu ..bukan kat Malaysia je.. bersambung sampai kat Korea.. dari Airport Incheon sampai ke Guesthouse.. naik turun train... naik turun tangga... adehhhhhh!!! So.. kalau rasa-rasa na bawak bag banyak2 mcm MMJ n ELma ni.. better amik bas lah... ini pun penting ye.. untuk kesihatan sepanjang percutian... bag berat2 and banyak adalah sangat tidak digalakkan untuk cuti-cuti Korea...

MMJ safely landed kat Incheon around 8 am kut.. teruja tgk airport runway covered dgn snow.. kapal terbang yang parking situ pun kna covered dgn snow... waaahhh... jakuuuunnn!!! haha..

Hot Seat for the hot chicks?? Puiii!!
Elma solat Subuh dengan khusyuk..
Approaching Incheon... matahari da terbit
Snow covered runway... kagum!
Incheon Airport
Since MMJ n Elma tak pakai baju yg sesuai tuk winter.. so lepas amik luggage.. kitorang pun bersiap kat toilet situ.. tu yang best pergi sendiri ni.. tayah rushing pun takut orang tunggu.. we are having our own sweet time.. gosok gigi.. cuci muka.. make up... tukar baju... zassss... and finally kami ready na menghadapi cuaca yang sejuk.. 

We're so ready to face the winter
MMJ n Elma beli kad T-Money kat convenience store kat airport tu.. kad ni mcm touch n go.. top up duit siap2 dlm kad tu.. pastu boleh la guna utk nek train.. certain bus n taxi.. beli barang kat kedai 24 jam... so agak2 la na isi berapa.. since MMJ n Elma duk 11 hari.. kami top up 50k won.. banyak sgt sebenarnya sbb train dia murah sgt.. so MMJ advise.. kalau jalan around seoul area je ...just top up dalam 15k won dulu.. nanti boleh top up kat mana2 kedai 24 jam... nanti at the end of trip.. boleh refund duit dlm T-money tu.. tapi boleh refund 20k won n below je.. MMJ ta refund.. MMJ simpan wat kenangan.. nak tau lagi pasal kad ni... baca T-Money

Dari Incheon Airport ke Guesthouse kat Myeongdong.. ada 2 cara yang MMJ tau..
  • naik bas - turun di myeongdong dekat depan Sejong Hotel.. boleh refer Incheon Airport to Myeongdong by bus .. perjalanan lebih simple sebab ta perlu heret bag ke hulu ke hilir... except dr bas stop ke guesthouse.. 
  • naik AREX train - to seoul station - transfer to Line 4 -  to Myeongdong Station .. refer Incheon Airport to Myeongdong by train .. MMJ pilih AREX yg commuter tu... sebab na save 50% harga tiket.. tapi seksa tau menarik bag... huhu.. kalau sampai kat escalator.. happy je.. tapi bila nampak tangga... adehhh... macam nak rebah...
Tader orang.. so boleh posing macam sakai
Pura-pura!
Masa untuk memerhati the locals..

MMJ n Elma asal nampak gadis Korea yang cun.. terus discuss surgery or tak.. hehe..
So gadis Korea yang rambut toncet sejemput tu.. What do you think?
Seoul Station

Dengan picca ni lah MMJ's secret trip to Korea pecah... hihi
Masa selfie ni lah ... MMJ face to face for the first time dengan cuaca sejuk Seoul..

Bila naik escalator sempat la na posing..
bila naik tangga.. adeeeeehhh!

Tapiiii... MMJ na citer satu kisah best.. MMJ n Elma bila sampai depan tangga yang sayup mata memandang... dgn bag tarik kanan kiri.. handbag n bagpack lagi... kami akan tarik nafas dalam2... merengek2 kat situ.. tak peduli sbb tader sape paham bahasa kami... sedang MMJ n Elma berfikir2 cara yang paling energy-saving utk angkat bag naik tangga... ada satu namja (orang lelaki) tiba-tiba capai bag MMJ n bawa naik tangga tu.. lepas tu ade lagi satu namja angkat bag elma pulak.. MMJ n Elma sgt surprise.. MMJ ulang kali cakap.. "its heavyyyyy!" .. tp namja tu siap turun balik tangga amik bag yg lain.. ingat tak yang bag kami banyak?? ...byk tangga... n setiap tangga ade namja yg tolong angkat... last tangga... n yg paling tinggi... ahjushi (pak cik) yg tolong angkat.. siannya.. bag tu berat... so masa tu... masa baru beberapa jam cecah kaki kat Seoul.. MMJ dah jatuh cinta kat namja korea.. hihiks!

Bermulalah episode buka peta n buku nota segala... dari Myeongdong station ke Guesthouse tu dekat je.. tapi masa tu blum pandai tgk peta.. so pening n bingung.. n sejuuuuuuukkk... n jakuuuuun bila asap keluar dari mulut.. haha.. dalam masa tengah discuss which direction to GH.. MMJ n Elma asik la menjerit "aaa kita kat koreaaa!!" ..mcm sakai!! hihi... MMJ try tanya awek2 korea kat situ.. bila tanya in English.. cepat2 derang jawab "No! No!" ..tak faham.. tp at last dapat juga tau arah mana na g GH.. 5 minit je dr station... sebab tu MMJ recommend sgt New Myeongdong Guesthouse ni... tp mencabar jugak la na tarik beg tu.. sbb naik bukit.. Elma yg gagah offer na tarik beg MMJ yg berat tu.. Elma mmg gagah.. kamsahamnida nae dongsaeng!!.. tapiiii... nanti lah MMJ citer ape yg berlaku pada kegagahan Elma tu... huhu

Myeongdong Station Exit 4

Cross the road is Myeongdong Skincare Heaven

Thinking!! "Mana la duduknya Guesthouse niii?"

Finding our Guesthouse mission is a SUCCESS!

Sampai kat GH.. jakun lagi dgn bilik.. dgn view.. dgn heater..MMJ n Elma sukati susun atur bilik supaya lebih luas na bubuh bag yg banyak tu... kami rehat and solat.. pastu keluar jalan2 kat Myeongdong.. 10 minit je jalan kaki dari GH


kami jalan2 je tgk kawasan Myeongdong syurga skincare tu.. MMJ silap kat sini.. sepatutnya terus g Namdaemun Market untuk beli keperluan2 winter mcm winter coat.. socks.. glove.. yg murah..tapi kami just spend time tgk2 barang kat Myeongdong tu.. pastu makan street food

  • kebab 7k won.. 
  • fish cake yang pedas gila tapi sedap..  1.5k won.. wajib cuba tau.. MMJ sgt suka.. ini semua gara2 Running man..
  • ice cream in winter.. mmg gila tapi terpaksa sbb na hilangkan pedas ..2k won
Fish cake sedap tapi pedas!
Elma cakap kebab ni sedap
I turn 19? hehe...
Have you ever tried ice cream in a cold winter?

Miss Merahjambu in Myeongdong

Sepanjang jalan ni ade banyak kedai korean skincare 

Tak pernah dengar pun brand ni.. MMJ only captivated by the decoration..
I always have a thing with bling bling

Jedi Master? Nak cari ape kat Etude?

Selepas dah tak tau na buat apa kat Myeongdong.. kami pergi Dongdaemun.. sebab orang cakap murah dari Myeongdong..


Naik train dari Myeongdong station - to Dongdaemun station  ..dekat je.. only 3 station away.. pastu MMJ beli winter coat.. tapi tak murah sangat.. tu lah MMJ cakap.. MMJ silap.. sepatutnya terus pergi Namdaemun Market.. much cheaper...

Best Dongdaemun ni.. sebab ade banyak shopping mall.. tapi MMJ masuk Doota je.. waahhhh... sesak dgn variety of baju..bag.. kasut.. since time winter.. banyak la jual baju sejuk.. comel.. geram... nak pergi lagiiii... Doota ni buka sampai Subuh.. so plan la iternary korang untuk pergi sini waktu malam... so siang boleh pergi tempat lain..

Kalau nak beli kain pun kat Dongdaemun jugak.. MMJ susah nak explain tempat nak beli kain cotton tu.. tapi cuba refer blog lain utk direction.. MMJ beli 2 pasang Korean cotton.. cute!!


******

MMJ nak bagitau... kat Seoul ni tak perlu panic or takut sesat.. sebab subway banyak sangat.. as long as ade subway map.. boleh dapat dari Korea Plaza macam yg MMJ cerita in the previous entry.. anda boleh pergi ke mana-mana sahaja.. jangan risau pasal tulisan hangul tu,, sebab ade je tulisan rumi.. even boleh download apps subway dalam handphone.. sangat helpful...

So that is how we start our adventure in Seoul.. just the two of us! Balik GH malam tu.. MMJ n Elma makan maggi.. sebab kami ta makan properly pun since morning... Banyak lagi MMJ nak cerita... to be continued in the next entry... Anyoooong!!!


Apa kaitan Eifle Tower dengan Seoul?
Opso!!
I just love the ambience of this quiet cafe..