Sunday, March 29, 2015

Gedik Korea - Day 2

Psttt... kawan MMJ nak pergi melancong ke Korea... banyak betul derang tanya MMJ pasal Korea... terus rasa rindu yang amat hebat dekat kampung halaman MMJ tu..muahaha!

So Day 2 in Korea.. ape MMJ n Elma buat? MMJ pergi Sokcho!!

Why Sokcho?
1) nak pergi panjat Mount Seorak..
     Mount Seorak ni famous sebab katanya salji kat gunung ni ambil masa yang lama untuk melt..
2) nak tgk pantai di musim winter
    kut le air dia beku.. bingai kan?? haha....

Sokcho ni MMJ ibaratkan Sandakan sebab dia bandar kecil tepi laut.. memang kecil dan tak sesak macam Seoul.. Sokcho is 3 hours journey by bus dari Seoul.. MMJ akan stay a night kat Sokcho.. pastu the next morning.. catch the earliest bus to Mount Seorak.. Sokcho to Mount Seorak cuma 30 minit..

Pagi tu.. lepas breakfast kat bilik since GH pun ade provide breakfast.. dengan berbekalkan baju sepersalinan.. kami pun memulakan aktiviti hari kedua... kami naik subway sesama local people nak pergi kejer.. orang kat Seoul ni mostly pakai dark colours.. so cuma MMJ n Elma je yg terang bersinar dalam tu..hihi..

Orang Seoul ta heran pun kami menyakai dalam subway..hihi

Elma dengan fashion serkup yang tak mungkin dipakai di KL.. sekali pandang mcm Siti Nurhaliza.. pastu macam Hetty Koes Endang pun ade.. yang pasti.. fesyen ape pun Elma pakai.. tetap yippoo!.. Eh Elma baca blog ni.. mesti dia tengah melayang2 di awangan dengan pujian MMJ ni.. hahaha 
Nak pergi Sokcho.. kena amik bus kat Dong Seoul terminal bus..so macam mana nak g Dong Seoul Terminal Bus tu?.. macam di bawah ni.. kalau ada subway map.. tak pening sangat na imagine route to Sokcho ni.. thats why MMJ pesan untuk pergi ke Plaza Korea tu untuk dapatkan map for FREE... tapi kalau na refer map online pun boleh.. pergi ke subway map

Myeongdong to Dong Seoul Bus Terminal

  • subway from Myeongdong (Line 4) to Dongdaemun Historical Park (Line 2)
  • Dongdaemun Historical Park to Gangbyeon (Exit 4)
  • Dong Seoul Bus Terminal is opposite the Gangbyeon Station
MMJ ingat lagi.. masa kat Exit 4 tu.. MMJ lalu kedai ahjumma jual kimbap.. MMJ na sangat rasa.. nampak sedap berkilat je kimbap dia.. tapi MMJ tak sure nak tanya kimbap tu ada meat ke or vegie..Elma pulak cakap.. nanti kita cari tempat lain.. tapi sampai habis trip Korea.. MMJ ta dapat rasa kimbap..sob..sob..sob.. sampai hari ni MMJ teringat rupa bentuk kimbap kat Gangbyeon Station ni..

So MMJ n Elma  terus je pergi cari bus ke Sokcho.. terjumpa ajushi kat situ.. bagai ayam dan itik bercakap... at last Ahjushi tolong kami beli tiket.. hihi... harga tiket ke Sokcho one way is KRW17 200 ... lebih kurang RM57.. mahal ke? Entah ye.. MMJ tak tau nak compare dengan perkhidmatan bus kat Malaysia since MMJ tak biasa naik bus ekspres.. MMJ biasa nek flight je.. hihihi... berlagak! Puiii!


Kat ticket counter dengan Ahjushi yang tolong beli tiket
Spend the time wisely with selfie

Masa selfie depan bus ni.. gigih MMJ n Elma tunggu tulisan rumi Seoul - Sokcho tu ..hehe.. sebab dia selang seli keluar tulisan hangul
Sambung selfie dalam bas

Nampak tak ada budak PLKN tu.. masa jalan2 area Sokcho ni.. MMJ jumpa ramai betul budak PLKN ni.. pelik jugak.. outing ke ape?.. tapi few days pastu.. MMJ jumpa kat Namdaemun market orang jual uniform askar ni.. terus Elma n MMJ buat assumption.. uniform askar sedang 'in' kat Korea.. jalan2 pun pakai uniform.. cool.. hahaha.. kitorang  mmg banyak berimaginasi sepanjang trip Korea ni..layan!

Ajushi driver bus nampak segak kan...
Lepas 3 jam dalam bus.. kagum n jakun tgk scenery.. kami pun sampai kat Sokcho.. MMJ n Elma pergi ke pondok tourist guide exactly depan bus station tu for direction.. kat sini MMJ dapat map of Sokcho.. senang la nak jalan2..pastu terus amik cab g Guesthouse.. MMJ stay kat Mr. Egghouse .. sangat comelllll guesthouse ni.. sangat Korea.. 

Petang tu MMJ n Elma jalan kaki pergi pasar kat Sokcho.. nama pasar ni Jungang Market.. kalau baca info pasal Jungang Market ni.. kat sini banyak makanan sedap.. maka menjelmalah ape yg MMJ tengok dalam Running Man bila mission makan-makan kat pasar.. teringat muka Kim Jong Kook oppa makan kimbap mcm sedap sangat.. so terujalah hati MMJ n Elma ni .. berjalan kaki sambil drooling bila fikir makanan... tapiiii bila sampai pasar tu.. tekak MMJ kembang.. tak ade pun kelibat makanan yang menyelerakan.. perut lapar tapinyeee.. huhu.. at last kami tawakkal makan udang n sotong tempura dgn sotong panggang... sedap... 


Tempura dan Sotong Panggang.. 

Jungang Market
kimchi!
Such a cool deco for a small kedai makan kat dalam pasar
Lepas kecewa dengan pasar Jungang ni.. kami sedapkan hati.. untuk dinner nak makan kat satu kedai halal yang kami survey dari internet..so kami cepat-cepat tahan cab pergi Sokcho Beach dulu.. kan MMJ nak tengok pantai masa winter.. 

MMJ n Elma ada buat video clip kat sini.. lagu oppa titled December.. lagu ni match sangat dengan scene time tu.. lagu pasal Chingu (kawan) tepi pantai.. musim winter...


Jalan masuk ke Sokcho Beach
Sokcho Beach 
Dah maghrib pun still main tepi pantai.. tau kat emak.. confirm bising!

Lepas dah macam sakai kat Sokcho Beach.. kami tahan lagi cab pergi ke Ilchubong Restaurant pulak.. katanya halal.. katanya sedap.. katanya itu.. katanya ini.. sekali tuuu... kecewa lagi.. end up malam tu MMJ n Elma tido dalam lapar.. sob.. sob.. sob.. 

Ilchubong Restaurant... warm n cozy 
Sementara tunggu makanan..kira duit tabung..

Nampak tak sayup wrislet pink?.. itu la beg tabung Korea kami..
Nampak ta buku nota kecil warna pink?.. itu tempat MMJ tulis segala notes about Korea yang MMJ study dari internet..
Food we ordered..

Okay.. MMJ pernah makan sashimi (ikan mentah) time Japan trip dulu.. sedap.. boleh melantak macam memang makanan ruji.. so dengan berani nya MMJ order sashimi.. sekali amekaww!!.. hahaha.. ta boleh blah.. kami terpaksa jugak suap makanan tu.. RM90 tau.. mau ta meraung.. macam makan Seoul Garden da tuuu... 

Chaebol (rich guy)!! ngeh..ngeh..ngeh.. anak owner restaurant ni.. kacak? Harusss la selfie!
Dari restaurant ke Guesthouse.. kami balik naik cab.. kali ni share cab dengan ahjumma yang mabuk.. dia naik dengan hubby dia.. ahjumma asik ketawa je dalam cab tu.. tiba-tiba MMJ teringat Ji Hyo yang suka minum.. terus menjelma imaginasi kalau Ji Hyo pas minum soju jadi gitu gak.. hehe..

30 years old Elma waiting for a cab..hehe..jangan marah nae dongsaeng..

Masa tengah tunggu cab.. tiba2 dengar lagu December dari kedai tepi jalan ni... ape lagi yang boleh MMJ n Elma buat.. "Aaaaaa Oppaaaaaaa!" .... hihi
Sebelum naik Guesthouse.. MMJ n Elma pergi kedai 24 jam cari ramyeon halal.. ta jumpa.. end up MMJ beli susu kotak je.. 

Yang kotak pink tu.. favourite MMJ.. mashiketta!
Sebenarnya.. ade banyak lagi tempat best kat Sokcho ni.. tapi MMJ tak pergi.. tak cukup masa.. So it is the end of Day 2.. perasaan berjalan kaki.. wandering around bandar asing.. dalam musim sejuk.. mulut berasapdengan map di tangan.. mata melilau tengok kanan kiri.. sangat best.. MMJ rindu perasaan itu.. huhu.. so trip to Mount Seorak.. MMJ cerita in the next entry..

Lagi picca of small town Sokcho!

Selfie depan petrol station ..MMJ macam ikan keli dah masa ni.. ada misai..hihi.. 
Dongbu Station Bus
Bus dari Seoul turun kat sini
Lengang je Sokcho town ni



 






Monday, March 2, 2015

Yang menggelikan hati MMJ

Kali ni bukan cerita Korea... tapi MMJ nak cerita pasal keletah murid MMJ.. boleh la ye.. asik Korea je.. meluat pulak orang baca kan.. hehe

Nama murid MMJ ni Amer.. comel.. pelat lagi.. murid tahun 2.. pandai melukis.. ada potensi untuk cemerlang.. baik hati.. antara murid yang MMJ sayang lebih sikit.. hehe..

Berudu!

Tadi dalam kelas.. MMJ bahagikan mereka dalam kumpulan.. dan suruh bincang nama kumpulan masing-masing.. tapi tiba-tiba nama pelik-pelik keluar.. semua ada unsur Maharaja Lawak.. sebab derang ni peminat Maharaja Lawak.. so MMJ pun tetapkan.. pilih nama haiwan untuk mewakili kumpulan masing-masing.. dengan pantas Amer menjerit.. BERUDUUUU! ... lucu tak? pada MMJ sangat lucu so MMJ terus ketawa.. aduhai.. banyak-banyak haiwan ..boleh Amer pilih berudu??.. lepas tu bermulalah sesi perbincangan mereka dalam hiruk pikuk tak ubah mcm pasar.. huhu.. maka berjuanglah MMJ menenangkan keadaan dengan pembaris di tangan.. macam-macam haiwan keluar.. Kala Jengking.. Ular.. Adeh.. kenapa pilih haiwan berbisa sayang??? ... Akhirnya.. mereka pilih.. Kucing, Arnab, Gajah, Penyu, Burung dan eh ape satu lagi... MMJ ta ingat.. hehe..

Jalaludin Hasan & Fazura

Satu hari tu.. MMJ ajar Kata Nama Khas.. beri contoh lah nama-nama orang kan.. bila MMJ suruh murid beri contoh.. Amer jawap.. Jalaludin Hassan.. Sorang lagi murid jawap.. Fazura... mula-mula MMJ ta perasan lagi.. da lama-lama.. asalkan suruh beri contoh nama orang.. dua orang ni jugak yang disebut.. rupanya itu juri Maharaja Lawak.. Adehh.. kuatnya pengaruh Maharaja Lawak...Cikgu pun tak tau sebab kat rumah cikgu takder Astro.. huhu

Johan Maharaja Lawak

Kelas MMJ ajar ni tiap minggu menang johan kelas terbersih.. tapiiii.. tader rupe johan.. meja senget benget.. sampah bertaburan.. tapi mungkin sebab kelas lain lagi teruk.. budak Tahap 1 ni memang belum boleh diharap jaga kelas.. masih baby2.. masih kena ingatkan selalu... so satu hari tu MMJ pesan pada kelas ni.. "kamu kena lah pastikan kelas kamu bersih selalu.. sebab kelas kamu kan johan".. laju Amer respond.. "Biarlah cikgu.. Johan kan lawak".. huhuhuh.. Johan Maharaja Lawak yang dia ingat.. adeh.. pengaruh Maharaja Lawak lagiiii...

Ade banyak lagi tapi MMJ ta ingat dah.. hehe.. comel la derang ni.. sebab ramai yang pelat lagi... kalau ade lagi MMJ cerita lagi okay...